.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Sunday, February 8, 2009

shahid


Syaikh Said Shiam Menteri Dalam negeri Palestin,merupakan sebahagian pimpinan utama HAMAS telah syahid bersama anak dan enam saudaranya digempur F16 Israel.Ketika itu, beliau sedang berada di rumah saudaranya di Yarmuk Gaza City. Paling kurang tiga sanak saudara dan 30 yang lain shahid dalam peristiwa tersebut.
Setengah Abad Beliau Berjuang dan Berkorban untuk merdekakan islam dari kafir laknat di bumi Palestin,akhirnya beliau shahid dan mendapat kemulian disisi ALLAH taa'la.

50 tahun beliau berjuang dalam ketaatan pada Allah dengan penuh kesabaran. Hidupnya dipenuhi pengabdian dan pengorbanan dalam berjihad dan berjuang serta sabar dalam membela nasib rakyat Palestin.

Syaikh Shiam lahir pada 22/7/1959 di kem tentera Shati Gaza, bahagian barat kota Gaza. salasilah keluarganya berasal dari Jaurah dekat Eskelon, wilayah Palestin . Beliau merupakan lulusan diploma matematik dari Darul Mualimin Ramallah pada tahun 1980. Kemudian melanjutkan pelajarann di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan Islam dari Universiti Al-Quds(tahun 2000).

As-Syahid pernah bekerja sebagai guru di beberapa sekolah dan badan bantuan sosial antarabangsa di Gaza dari tahun 1980 hingga tahun 2003. Kemudian beliau keluar dari badan tersebut kerana desakan akibat keterlibatanya dengan gerakan Hamas. Lalu beliau menjadi imam dan khatib sukarela di masjid Yarmuk Kota Gaza. BeliaU juga berperanan menjadi penasihat dan khatib di beberapa masjid di Semenanjung Gaza.

Syaikh Shiam bergabung dengan Jawatankuasa yang telah dibentuk oleh Syaikh As-Syahid Ahmad Yasin untuk menyelesaikan pertentangan antara pelbagai kumpulan pejuang Palestin sejak intifadhah pertama yang dikenal dengan “Intifadhah Masjid”. Beliau berkahwin pada tahun itu dan mempunyai enam orang putera.

Jawatan yang Pernah Disandang As-Syahid

Sepanjang hidupnya Asy-Syahid memegang banyak jawatan penting. Di antaranya sebagai ketua Jawatankuasa Guru di Gaza. Ahli Persatuan Pegawai Arab di perwakilan pertubuhan sosial antarabangsa. Pegawai pengurus hubungan luar negeri dalam Gerakan Pejuang Hamas, anggota pimpinan politik Hamas di Gaza. Beliau juga menyandang jawatan anggota Dewan Sekretariat Jenderal Universiti Isam di Gaza, Anggota Dewan Pendiri Center Research Future. Pada tahun 1980 As-Syahid memegang jawatan anggota Persatuan Mahasiswa, Darul Maualimin di Ramallah. Pada tahun 2006 beliau menjawat jawatan sebagai menteri dalam negeri dan urusan sivil.

Setelah menghabiskan kenikmatan hidupnya dalam perjuangan menegakkan kebenaran islam dan khusus membebaskan palestin dari cengkaman musuh-musuh islam,beliau telah mendapat apa yang dicari oleh setiap pejuang-pejuang islam iaitu shahid disisi ALLAH taa'la.

 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN