.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Friday, August 14, 2009

politik seorang mukmin

Persoalan Fiqh Dawlah semakin mendapat perhatian ramai apabila kefahaman Islam berkembang dan menyerapi pemikiran umat manusia yang selama ini gersang ditutupi oleh kezaliman ideology amalan para pemerintah moden. Benarlah sabda Nabi Saw [1]:

Mafhum : “ Pasti akan sampai urusan ini (Islam) ke mana sahaja sampainya malam dan siang, Allah tidak akan tinggalkan satu rumah si kaya mahupun miskin pun, kecuali akan dimasukkan oleh Allah Agama ini…” (riwayat Ahmad & Al-Baihaqi)

Sejak beberapa lama setelah kejatuhan khilafah Islam terakhir pada tahun 1924m, maka dengan bersendikan pemikiran mujaddid-mujaddid kurun ini, seperti Syeikh al-Imam Muhammad Abduh, Syeikh Rashid Ridha serta ramai lagi, lahirlah mujaddid haraki seperti Imam As-Shahid Hasan Al-Banna (1906-1949 M) pengasas jamaah Ikhwan Muslimin bagi mengharungi perancangan licik Yahudi serta sekutunya di seluruh dunia. Perjuangan demi menegakkan negara kebajikan Islam , kini menjadi tugas serta kewajiban semasa bagi seluruh umat Islam. Ulama’ contoh kini seperti Dr.Yusoff Al-Qaradhawi, Syeikh Muhd Al-Ghazali(1916-1996m), Syeikh Abul A’la al-Maududi(1903-1979m), Syeikh Muhd Qutb, Syeikh Muhd Syaltut, Dr. Solah Abd Fatah al-Khalidi, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, Tuan Guru hj Ab Hadi Awang serta ramai lagi boleh memandu kita ke arah peranan yang sebenarnya.

Imam Abu Hanifah (80-150H) merupakan individu utama dalam meletakkan keadah hukum Islam melalui gabungan pemikiran sihat iaitu Qias, kerana itulah keperluan utama di zamannya. Imam Malik Anas (93-178 H) pula merupakan individu utama yang menekankan persoalan ilmu jarh dan ta’dil sebagai keutuhan sumber perundangan Islam dan keshahihan hadith.

Imam Muhd Idris al-Syafie (150-204 H) dengan tugas semasanya iaitu berperanan sebagai individu utama menyusun kaedah Usul Fiqh dalam gaya gabungan ahli Hadis dan Ahli ra’yi. Mankala Imam Ahmad Hanbal (164-241 H) pula merupakan individu pertama dalam menggabung dan mengumpulkan hadith2 Rasulullah saw agar umat Islam tidak tercari-cari rujukan dr rasulnya, itulah Musnad Ahmad yang mengandungi lebih 40,000 hadith Rasulullah Saw. Rasul menegaskan daripada Abu Hurairah ra.

Mafhum : “Sesungguhnya Allah membangkitkan kepada umat ini, di setiap permulaan seratus tahun, seseorang yang melakukan tajdid bagi Agama” ( riwayat Abu Daud: no 4291)
Justeru, adalah menjadi tuntutan kepada setiap individu Islam bagi memikirkan apakah keperluan Islam pada zamannya sesuai dengan hadith tersebut. Tidak dapat diingkari bahawa, semasa kewujudan Khilafah Islam sehingga tahun 1924 M sememangnya tidak timbul gerakan Islam berjuang untuk menubuhkan negara kebajikan Islam tetapi setelah kejatuhannya maka ini lah yang menjadi tuntutan Deen hari ini.

Bagi melicinkan tugas ini, menjadi kewajiban bagi umat untuk memahami selok belok politik dan dawlah Islam bagi kembali memperkenalkannya kepada manusia hari ini. Selaras sebuah athar :

Mafhum : Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak akan dapat mengenali orang yang memiliki kelebihan”

Dan begitu juga, “tak kenal maka tak cinta”

Bagaimana mungkin manusia yakin serta cinta kepada Islam sekiranya mereka tidak kenal dan sedar apakah sistem kenegaraan Islam dan siasah Islam.

TAKRIF SIYASAH ATAU POLITIK

Siasah menurut bahasa :

“Sasa- yasusu- siyasatan wa riasah” yang membawa maksud tadbir, perintah, mengetuai ( Lisan al-Arab, Dar al-kutub al-ilmiah)

Manakala menurut istilah para ulama’ terdahulu terbahagi kepada 2 :

1. Makna ‘Am : Mentadbir urusan manusia dan urusan dunia mereka dengan syariat Deen. Dengan ini kita dapati mereka mentakrifkan ‘Khilafah’ sebagai :

Mafhum : “Sebagai pengganti tugas Rasul dalam menjaga Agama dan mentadbir Dunia dengan berpaksikan agama”

2. Makna Khas : Tindakan2 yang dibuat oleh Imam bersumberkan hukum2 dan ketetapan2 samada bertujuan untuk menghalang kerosakan atau mencegah kerosakan yang belum melanda atau pemulihan terhadapnya. (Lihat as-Siyasah as-Syariyyah – Dr. Yusoof al-Qaradhawi, Muassasah al-Risalah, hlm 31)

Sebagai contoh, kepelbagian tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar ra yang membakar peliwat, Umar ra yang mencukur rambut Nasar bin hajjaj akibat digilai oleh perempuan Madinah semasa pemerintahan mereka. Semua tindakan ini berubah menurut kepentingan maslahat setempat dan zaman.

Menurut As-Syahid Imam Hasan Al-Banna : ‘Sasah adalah kajian tentang persoalan umat Islam samada dalam dan luar negeri, ia tidak terikat dengan ikatan kepartian semata-mata” (Mabadi’ al-usul fi mu’tamarat al-khassah, muaassah al-islamiyyah, 1980, hlm 104)

Perkataan asal siyasah digunakan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya [2]:

Mafhum : “Dahulunya Bani Israel dipimpin oleh para Nabi, tatkala wafat seorang Nabi maka dibelakangnya terdapat Nabi (lagi) dan sesungguhnya tiada seorang pun lagi Nabi selepas Aku( Rasulullah ), dana diikuti oleh para pemimpin…”

Imam Ibnu Qayyim pula menolak pembahagian kaedah hukum kepada syariat dan siyasah, sebagaimana ada sesetengah kumpulan yang membahagikan Islam kepada Islam syariat, Islam hakikat. Adapun pembahagian yang tepat menurutnya adalah samada shahih atau batil ( Lihat Turuq hukmiyah, hlm 13-19 )

DALIL KEWUJUDAN POLITIK DI DALAM ISLAM

Sejak berkembangannya fahaman Sekularisme di kebanyakan pelusuk dunia, ramai menjadi terkeliru dengan istilah2 seperti ‘politik kotor’, tiada politik dalam Islam, Islam tiada kaitan dengan politik dan pelbagai lagi...

Justeru percubaan memisahkan politik dari prinsip Islam ini sentiasa diperjuangkan oleh musuh-musuh Islam dan anak buahnya dari kalangan umat Islam sendiri. As-Shahid Sayyid Qutb berkata ; Islam yang dikehendaki oleh Amerika dan kepimpinannya di timur tengah, bukanlah Islam yg menentang penjajahan, kezaliman, komunisme tetapi sebenarnya mereka tidak mahu islam memerintah, mereka mahu Islam yang membicarakan perkara yang membatalkan wudhu’ sahaja, dan bukan persoalan ekonomi islam, politik islam, masyarakat islam dan kewangan islam.

Bagi mengembalikan kefahaman umat, menjadi kewajiban bagi merujuk kepada rujukan utama Islam dalam hal kesempurnaan Islam dalam kepelbagaian bidang kehidupan:

Al-Quran

Mafhum : Sesungguhnya orang yang kami berikan kpd mereka kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan, melarang kemungkaran, dan kepada Allah mereka menyerahkan penghujung sgl usaha”

Mafhum : Dan telah Kami turunkan kepada kamu, Kitab (al-Quran) yang didalamnya mengandungi penerangan terhdp semua perkara serta menjadi petunjuk dan rahmat dan membawa berita gembira bg muslimin"

Al-Hadith

1.Mafhum : “Apabila keluar tiga orang semasa bermusafir maka telah mesti ke atasnya melantik seorg drnya sbg ketua” ( Riwayat Abu Daud dan At-Tabrani, dgn sanad yg shohih)

2.Mafhum : “Sebaik-baik jihad adlh perkataan yang haq dihadapan pemerintah yang zalim”

3.Mafhum : “ Penghulu para syuhada; adalah Hamzah ra, kemudian lelaki yang bangun kpd pemerintah yang zalim lalu mengajaknya kpd kebenaran dan melarangnya dr kemungkaran lalu ia dibunuh krn itu” ( Al-Hakim mentashihkan hadith ini)

4.Mafhum : “Brgsp yang mati, dlm keadaan tiada padanya suatu bai’ah( iqrar janji taat kpd pemimpin Islam) maka matinya seumpama dlm keadaan Jahiliyyah” (Riwayat Muslim)

Athar Sahabat

Berkata Saidina Umar al-Khattab :

Mafhum : Tiada Islam kecuali dgn Jemaah, tiada Jemaah kecuali dgn Kepimpinan, Tiada Kepimpinan kecuali dgn Ketaatan. (Lihat Mawsu’ah an-Nuzum wa al-Hadharah al-Islamiyah, Ahmad Syalabi, 2/29)

Berdasarkan beberapa ayat , hadith serta athar tadi jelas bahawa aspek siyasah (politik pemerintahan) semestinya terkandung di dalam Islam bahkan Nabi SAW juga merupakan seorang pemimpin politik apabila baginda menjadi ketua negara di madinah. Saya merasakan tidak perlu memanjangkan bahagian ini kerana meyakini kejelasannya di pemikiran para pembaca.

ILMU SIYASAH ISLAM DALAM SEJARAH PEMBUKUAN

Perkembangan ilmu politik Islam tidak terlepas daripada pandangan para pimpinan Islam sejak kewafatan Rasulullah SAW. Antaranya tandanya bolehlah kita melihat kepada buku-buku yang dikarang berkaitan tajuk ini, antaranya fiqh Umar al-khattab ra yang begitu banyak membuat pembaharuan dan ijtihad dalam perkara2 umat Islam ( Mausu’ah Fiqh Umar Al-Khattab oleh Dr. Muhd Rawwas Qal’ah Ji ) buku terawal mengenai siyasah ditulis Qadhi Abu Yusof Ya’qub B Ibrahim al-hanafi ( m 183 H) bertajuk Al-kharraj, Yahya Adam al-Quraisy (m 204 H) bertajuk Al-Kharraj, Abu Ubaid al-Qasim ( 224 H) bertajuk Kanzul al-amwal, seterusnya Imam Ibn Qutaibah ( 267 H) bertajuk ‘Al-Imamah wa al-Siyasah’ ‘,setersunya al-Madinah al-Fadhilah, oleh Abu Ali Bin Sina ( 428 H). Manakala penulisan oleh Imam al-Mawardi as-Syafie ( m 450 H) bertajuk adab al-wazir’ dan juga al-ahkam as-sultaniyah, Abu Ya’la al-Farra al-hanbali ( 458 H) bertajuk al-ahkam as-sultaniyah, Imam haramian al-syafie ( 476 H) bertajuk Ghiasu al-umam, penulisan oleh Shihabuddin al-Qarafi bertajuk ‘ahkam al-ahkam fi tamyiz al-Fatwa’ , seterusnya Imam Ibnu Taimiyah al-hanbali ( 728 H) bertajuk al-siyasah al-syariyyah fi islah al-ra’ wa al-raiyyah, Imam Ibnu Qayyim al-hanbali ( 749 H) Turuq al-hukmiah dan Al-Ahkam Ahli Dzimmah, Imam Ibnu Rejab al-hanbali ( 795 H) bertajuk al-istikhraj fi ahkam al-kharraj dan banyak lagi, sehinggalah ke hari ini. Ini membuktikan bahawa ilmu siyasah Islam bertali arus dari sudut perhatian para ulama’ terdahulu sehinggalah sekarang...takhrij:zaharuddin abdul rahman

 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN