.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Wednesday, January 8, 2020

bulan yang mulia

Assalamualaikum..syukur kita kehadrat Allah ta’ala yang memberi kita nikmat yang bermacam-macam  mudah-mudahan dengan kenikmatan itu kita dapat beribadat kepada Allah ta’ala dengan keikhlasan dan mengharapkan ganjaran pahala yang berganda-ganda pada bulan yang mulia ini..
sebagai umat islam kita rasa bersyukur kerna dapat kemulian dari allah ta’ala didalam bulan Ramadan ini.setiap amal ibadat kita akan digandakan pahalanya oleh allah ta’ala.oleh itu kita sebagai seorang pelajar, bulan Ramadan inilah satu bulan yang mendidik kita supaya bersungguh-sungguh mencari ilmu.
Sahabat sekalian..
Berusahalah untuk menjadi seorang yang berilmu dan berakhlak sementara masih ada lagi kesempatan dibulan yang mulia ini untuk sama-sama kita Berjaya didunia dan akhirat.
Oleh itu kita disuruh untuk membanyakkan amalan,kerana bulan ini sangat banyak kelebihan yang allah ta’ala kurniakan berbanding dengan bulan yang lain dan bulan ini juga melatih kita untuk membanyakkan amal ibadat.
Sebagai contoh kemulian dibulan ini..
1.bulan keampunan,sabda nabi s.a.w:siapa yang berpuasa dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampuni dosanya yang telah lalu.
2.bulan untuk kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan kebaikan,sabda nabi s.a.w :tiga doa yang sangat mustajab,doa orang yang berpuasa,doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir.
3.bulan untuk memelihara kita daripada api neraka, sabda nabi s.a.w :barang siapa yang berpuasa sehari dijalan allah nescaya allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh perjalanan 70 tahun.
Sahabat sekalian ini baru sebahagian  dari kelebihan bulan Ramadan..banyak lagi kelebihan-kelebihan yang lain kita boleh dapat pada bulan yang penuh keberkatan ini..asalkan kita melaksanakan segala kewajipan yang allah ta’ala perintahkan tidak meninggalkan solat,melakukan segala ibadat dengan keikhlasan.
Jadikanlah tazkirah ini sebagai satu nasihat yang boleh kita amalkan bersama-sama  pada bulan ini dan bulan-bulan yang seterusnya.
Assalamualaikum…
 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN