.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Tuesday, June 10, 2008

imtihan akhirat



Segala puji bagi allah masih lagi memberi ketenangan kepada hambanya dalam kehidupan ini.walaupun berbagai-bagai ujian dalam menuntut ilmu pencipta ini,tetapi ianya tidak pernah memberatkan hambanya yang sentiasa sabar dan reda dengan dengan imtihannya.ini adalah satu jalan untuk kita sampai kepada tujuan sebagai insan yang merupakan hamba kepadanya.Mudah-mudahan kita berada bersama orang yang mendapat ketenangan.

Syukur ku panjatkan kehadrat ilahi kerana bertuah dapat berada dibumi yang penuh dengan insan-insan mulia.walupun berbagai-bagai ujian sebelum sampai kesini aku tetap sabar,setiap yang pahit itu kadangkala ada kemanisannya.semakin hampir setahun aku berada disini tapi apa yang aku cari masih lagi belum aku temui.munkin kerna aku masih lagi belum sesuai dengan keadaan disini yang memerlukan masa untuk aku mendapatkannya atau aku perlukan lagi usaha mendapatkanya..ya ilahi kau temukanlah aku dengannya yang dapat membimbing aku kearahmu.

berakhirkah sudah perjuangan aku dengan selesainya imtihan ini..???tidak...sedangkan aku masih lagi banyak imtiahan yang perlu aku lalui.insyaallah setiap apa yang kita lakukan,keikhlasan kerna allah jalanya sentiasa akan lurus.alangkah indahnya hidup ini jika kita sebagai hamba tidak lupa akan imtihan akhir kita dihadapan allah sepertimana keadaan kita dalam menghadapi imtihan ini.

sentiasa lah kita berdoa disenangkan dengan ujian dunia dan akhirat yang paling utama iaitu kesudahan kehidupan kita.



 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN