.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Sunday, December 20, 2009

akhlak seorang muslim

Dari ABi Asyad Malik bin Rabiah assaidi r.a telah berkata ia ketika mana kami duduk bersama rasulullah s.a.w telah datang seorang lelaki daripada bani salmah,berkata ia ya rasulullah adakah masih tinggal lagi kebaikan untuk keduanya selepas mereka meninggal.Maka sabda rasulullah s.a.w ya..masih ada lagi iaitu solat keatas keduanya,melaksanakan wasiat selepas peningalan ia,menghubungkan silaturrahim dan memuliakan teman-teman keduanya..riwayat abu daud..

Adalah menjadi kewajipan kepada kita sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa selepas peninggalannya lebih-lebih lagi semasa hidupnya.Berdasarkan kepada hadis ini telah datang seorang lelaki bertanyakan tentang adakah kebaikan untuk kedua ibu bapa selepas peninggalanya,mafhumnya ada kebaikan yg kita lakukan untuk mereka dengan solat kepada mereka iaitu sentiasa berdoa untuk keduanya sepertimana mafhum dari ayat quran : ambillah zakat dari sebahagian harta mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan mendoakan untuk mereka.sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman bagi jiwa mereka.Dan Allah maha mendengar lagi mengetahui.Doa,mafhum dari ayat ini juga membawa maksud solat jenazah kepada kedua-duanya.

Kita hendaklah juga sentiasa meminta keampunan untuk keduanya kerana keampunan itu adlah doa untuk mereka.Melaksanakan wasiat keduanya samada wasiat secara rasmi atau tidak,dengan melaksanakan ia maka terjaga la hak2 keduanya selepas peningalan mereka.Mudah-mudahan apa yang kita lakukan itu mendapat pahala bagi mereka.Kita juga hendaklah merapatkan hubungan silaturrahim samaada dengan keturunan keduanya yang hampir atau tidak dengan melakukan kabaikan dengan mereka,bertanya khabar,menziarahi ketika senang dan sakit mereka.Kita juga hendaklah sentiasa menasihati mereka dan mempertahankan mereka ketika mana mereka mendapat kesusahan.
Kebaikan yang berterusan bagi kita juga dengan memuliakan sahabat-sahabat karib keduanya dengan berbuat ehsan dan sentiasa menziarahinya.

Secara umumnya berdasarkan kepada hadis ini adalah menjadi kewajipan kepada kita mentaati mereka sama ada pada waktu masih hidup atau meninggal.Tetapi jika kita melihat kepada keadaan sekarang ramai anak-anak yang derhaka kepada keduanya disebabkan kerana kurangnya ilmu dan didikan.Perlu kepada kedua ibu bapa memberi didikan yang sempurna berdasarkan didikan islam agar anak-anak sentiasa mentaati kita dan mendoakan kita masa hidupnya.Daripada hadis rasulullah s.a.w dari abu hurairah r.a : apabila matinya manusia ini terputus la segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah,ilmu yang ia tinggalkan yang memberi manfaat dan anak yang soleh sentisa mendoakan untuknya.

wallahua'lam...
 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN