.:Sesungguhnya Cintailah Ulama,seperti mencintai rasul kerna mereka pewarisnya..Ya Allah Ya Tuhan kami, Jadikanlah kami orang yg menyintai dan diCintai ,limpahilah CintaMu Ya Rabb :.

Monday, December 21, 2009

manhaj tentang israiliat

Imam Ibnu Kathir

Pengarangnya adalah al-hafiz al-mufassir imaduddin abu fida' ismail bin amru bin kathir ia bermazhabkan imam as-syafi'e ia dilahirkan diwilayah basrah pada tahun 701 hijrah.Telah menuntut ilmu ia dengan ibnu shahnah ibnu a'syakir dan selain dari mereka itu.

Telah berkata ad-dawadi : adalah ibnu kathir contoh kepada ahli ilmu dan huffaz .aku telah belajar dengan ia dalam tempoh yang panjang selepas meninggalnya guru-guru aku az-zahabi dan as-subki.

Tafsir ibnu kathir dan pegangannya tentang israiliat.

Tafsir ibnu kathir merupakan tafsir dengan quran dengan quran dan tafsir dengan hadis nabi s.a.w dan kata-kata sahabat,tafsir ibnu kathir adalah paling mashur selepas tafsir imam thobari.Kebanyakan tafsir ibnu kathir terkesan dengan tafsir imam thobari dan kadang-kadang ia mengambil dengannya serta menerangkan pandangannya yang khusus apa yang tidak sama dengan imam thabori.Tafsir ibnu kathir juga terkesan daripada ibnu abi hatim dan ibnu a'tiah yang mana ia telah mengambil dengannya dari segi mewirayat dan perkataan.

Ibnu kathir telah menghimpukan dalam tafsirnya itu dari riwayat dan dirayah.Ia memulakan pada tafsirnya itu dengan birra'yi atau menyebut makna-makna ayat secara ringkas kemudian ia menggunakan dalil pada tafsirnya itu daripada hadis-hadis nabi dan kata-kata sahabat serta menerangkan sanad-sanad yang tepat dan dengan memberi peringatan apa yang betul dan salah.

Dengan keilmuan ia juga ibnu kathir menguatkan pada sebahagin pendapat itu dengan pendapat yang lain serta membersihkan dari kecelaan pada riwayat.Ia juga membetulkan sebahagian pendapat dengan pendapat yang lain dan juga menerangkan serta komen tentang rawi yang lemah, matan yang pelik dan perawi yang meriwayatkan itu putus pada sanad.

Ringkasan daripada ini imam ibnu kathir pada meriwayatkan israiliat ia akan membuat huraian tentang israiliat dan tidak menyebutkan israiliat itu kecuali untuk memberi peringatan kerna tidak penting dalam menerangkan dan membahaskannya.

wallahua'lam



 

ZAQAZIQQ Copyright © 2009 WoodMag is Designed by IBNUIMRAN for MUJAHIDDIN